Monday, May 11, 2009

MINGGU KETIGA


DR.MOHD IZHAM BIN MOHD HAMZAH


PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Konsep Perubahan dalam Pendidikan

- Bidang pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan.

- Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan

- Menurut Oliver (1996) dalam buku The Management of Education : A Case Study Approach, perubahan didapati lebih menggambarkan cirri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.

- Perubahan yang berlaku kadangkala mewujudkan ketidakpastian

- Dalam pendidikan ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda


Jenis Perubahan

- Mengikut Dessier (1995), terdapat empat jenis perubahan iaitu :

1) Perubahan Ke Arah Peningkatan

- Perubahan ini memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi seperti :

o Berlakunya perubahan dalam struktur organisasi
o Memperkenalkan teknologi baru
o Mengadakan program pembangunan staf untuk meningkatkan komitmen dan produktiviti staf

2) Perubahan Strategi Organisasi

- Melibatkan keseluruhan organisasi
o Mendefinisikan semula peranan organisasi
o Perubahan nilai teras oganisasi
o Perubahan struktur dan strategi organisasi
o Mendefinisikan semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab dan sistem ganjaran

3) Perubahan Reaktif

- Perubahan ini berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan dan pihak berkepentingan ( stakeholders )

o Kepekaan pelanggan dan stakeholders terhadap isu-isu persekitaran dan etika memerlukan organisasi melakukan perubahan
o Perubahan dari segi prosedur dan cara layanan pelanggan hendaklah dilakukan


4) Perubahan Akibat Daripada Jangkaan

- Perubahan dilakukan bukan ddisebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memestikan organisasi memperoleh kebaikan kompetitif.
- Antara sebab perubahan ini dilakukan adalah
o Persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul
o Persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas kehendak pelanggan
o Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah
o Persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan
o Perubahan dalam trend tenaga kerja


Perubahan adalah Kompleks

- Perubahan dikaitkan dengan evolusi dan revolusi
- Evolusi – perubahan secara evolusi dikatakan sebagai perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang
- Revolusi – perubahan yang pantas dan perubahan yang akan meninggalkan kesan yang membinasakan
- Kompleksiti atau kerumitan perubahan merupakan focus bagi mendapatkan maklumat tentang perubahan dan tindakan yang perlu diambil untuk mengimplimentasi perubahan

Perubahan Itu Multidimensi

- Sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan
- Antara pertimbangan itu ialah untuk mengenalpasti semua dimensi yang berkaitan dengan perubahan
- Terdapat enam dimensi yang perlu difahami iaitu :

1) Tujuan perubahan

- Perubahan yang dirancang untuk mencapai tujuan tertentu
- Antara tujuan perubahan adalah untuk mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau sistem
- Perubahan dalam suatu system yang sedia ada melibatkan dua jenis pindaan iaitu :

i) Perubahan yang dibuat untuk kembali kepada keadaan asal yang diinginkan
ii) Perubahan yang dibuat untuk meningkatkan pencapaian atau keadaan sistem itu tanpa mengubahnya

- Melibatkan pindaan yang drastik dalam aspek sesuatu sistem tersebut ( Barrot & Raybould, 1998 )


2) Unit perubahan

- Unit perubahan merujuk kepada focus utama sesuatu perubahan yang dirancang
- Unit perubahan terdiri daripada :

o Individu
o Kumpulan atau pasukan
o Jabatan
o Organisasi
o Sistem organisasi
o Komuniti


- Dalam mengimplimentasi perubahan, unit perubahan akan beranjak daripada individu ( unit yang kecil) kepada organisasi (unit yang besar)

3) Sifat perubahan

- Daft (1983) berpendapat untuk menghasilkan perubahan pada unit yang lebih besar (peringkat organisasi), perubahan pada peringkat yang lebih kecil (peringkat individu)
- Mengubah seseorang individu mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap, tingkah laku dan kedua-dua sekali

4) Magnitud perubahan

- Merujuk kepada sejauhmana perubahan yang dirancang akan diimplimentasikan
- Istilah seperti perubahan komprehensif, sisematik dan sisitem skala yang besar seringkali dikaitkan dengan usaha untuk melakukan perubahan yang memberi impak yang besar
- Menurut Chambers (1977), perubahan dalam skala besar akan memberi hasilan yang menarik tetapi sukar diimplimentasikan . manakala perubahan dalam skala kecil adalah lebih mudah diimplimentasikan tetapi tidak menunjukkan impak yang signifikan

5) Skop perubahan

- Skop terhadap sejauhmana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian
- Hall dan Hord (2001) telah menghasilkan satu instrumen tahap-tahap penggunaan inovasi yang digunakan untuk mengenalpasti respon individu terhadap sesuatu perubahan sikap dan amalan

6) Jangkamasa perubahan

- Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa perubahan yang memberi kesan berkekalan merupakan perubahan yang berjaya diimplimetasikan berbanding perubahan yang memberi kesan sementara
- Ada pandangan yang berbeza dari segi hubungan manusia dan kesan perubahan
- Kottler (2001) dalam kajian terapi jangka pendek telah mengenal pasti tiga jenis perubahan yang dilalui oleh pelanggannya

i) Perubahan yang berlaku secara spontan dan tidak memberi kesan yang mendalam. Sikap dan amalan seseorang itu akan kembali kepada asal setelah kesan perubahan itu luput
ii) Perubahan minima dikecapi setelah melalui penentangan awal
iii) Perubahan berterusan merupakan perubahan yang stabil, progresif dan kekal

- Chambers (1977) mengatakan bahawa perubahan yang berbentuk kitaran di mana kitaran perubahan dijangka berakhir dalam tempoh 10 hingga 15 tahun


Model-model Perubahan

1) Model Penggabungan Rogers

- Menurut model Rogers, proses inovasi bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenal pasti
- Masalah atau keperluan ini mungkin berdasarkan penyelidikan keadaan semasa, kerja makmal atau kesan pembangunan akan dating
- Apabila masalah atau keperluan tersebut telah dikenalpasti, penyelidik akan menyiasat permasalahan itu dan bagaimana ia akan diselesaikan. Fasa ini melibatkan eksperimen dan ciptaan yang banyak, seterusnya menghasilkan inovasi
- Rogers menyatakan bahawa inovasi tidak semestinya terhasil daripada penyelidikan. Inovasi mungkin terhasil daripada amalan praktikal di mana pengamal mencari jawapan kepada permasalahan yang timbul
- Perkara ini dikatakan sebagai knowing in action iaitu inovasi yang dihasilkan melalui pengalaman dan menjadi penting dalam perubahan penyelidikan

2) Model Konter

- Konter (1998) menegaskan bahawa struktur dan inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagikan kepada beberapa tugas utama. Ada empat tugas inovasi iaitu:
i) Penjanaan idea
ii) Membina idea
iii) Realisasi idea
iv) Pemindahan idea


3) Model Rand

- Model ini berasaskan kajian yang dijalankan oleh Rand Corporation pada tahun 1973 hingga 1978 dengan sokongan pegawai penyelidikan di Amerika Syarikat mengenai perubahan pendidikan ( Berman & McLaughlin, 1978)
- Tujuan utama kajian adalah untuk menentukan faktor yang menyebabkan perubahan penyelidikan
- Memandu ke arah pengumpulan data dan menganalisis
- Menurut Berman dan McLaughlin, proses perubahan di sekolah melibatkan tiga langkah iaitu :

i) Daya usaha (Initation)
ii) Implimentasi
iii) Penggabungan


4) Model Acot

- Model ini berdasarkan prokjek Apple Classroom of Tomorrow (Acot), kajian pengenalan komputer dalam kelas
- Pengkaji membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran telah berkembang secara beransur-ansur
- Model ini mempunyai lima langkah perubahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran iaitu :

i) Kemasukan (Entry)
ii) Memilih (Adoption)
iii) Menysuaikan (Adaptation)
iv) Penggunaan (Appropriation)
v) Mereka cipta ( Invention)



AKTIVITI KUMPULAN

Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan & bincangkan cara penyelesaian.

Sebab menentang perubahan

i) Perubahan yang tidak pasti- Ini kerana ketidakpastian terhadap perubahan yang akan berlaku sama ada ke arah kebaikan atau keburukan.

ii) Perubahan yang drastik- Seseorang tidak dapat menerima jika berlaku perubahan yang drastik kerana ia telah mengubah cara kehidupan secara mendadak.

iii) Perubahan yang mengancam keselamatan- Masyarakat akan menentang jika berlaku perubahan yang akan memberikan impak terhadap kehidupan mereka.

iv) Perubahan yang kompleks- Menyebabkan seseorang akan keliru untuk membuat pilihan yang tepat.

v) Tahap pemikiran yang berbeza- Penentangan akan berlaku jika berlaku perubahan yang tidak dipersetujui umum kerana terdapat pelbagai pemahaman dan pemikiran yang berbeza antara satu sama lain.

vi) Faktor budaya- Penentangan akan berlaku terhadap sesuatu perubahan yang bercanggah dengan amalan kebudayaan setempat menyebabkan mereka tidak puas hati terhadap suatu perubahan tersebut masyarakat asli yang sukar untuk menerima perubahan moden kini dan mereka ini masih kuat memegang kuat amalan kebudayaan mereka dalam kehidupan.

vii) Berkepentingan - Penentangan akan wujud jika sesuatu perubahan yang berlaku adalah mempunyai kepentingan tersendiri pada pihak tertentu.

x) Perubahan yang tidak bermanfaat- Suatu perubahan yang berlaku tidak mendatangkan manfaat kepada semua peringkat masyarakat malahan pembaziran yang lebih ketara menyebabkan ramai yang menentang dengan perubahan tersebut

Cara Penyelesaian

1. Hendaklah memastikan bahawa setiap perubahan dilakukan adalah mempunyai kesan yang positif kepada semua.

2. Melakukan penyelidikan sebelum melakukan perubahan terhadap sesuatu perkara dengan merancang, mengumpul data @ maklumat, membuat kajian, refleksi dan sebagainya agar perubahan tersebut diterima.

3. Penyelidikan hendaklah dilakukan meliputi pelbagai aspek persekitaran, budaya, ekonomi, politik dan sebagainya.

4. Jika perubahan yang terlalu kompleks hendaklah dipecahkan kepada unit-unit yang kecil agar senang untuk mencapai objektifnya.

5. Kita hendak melihat perubahan yang berlaku adalah positif dan berusaha untuk menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang berlaku.

No comments:

Post a Comment