Sunday, May 31, 2009

MINGGU KEENAM

PUAN NOR SAKINAH MOHAMAD

PENGUMPULAN DATA

Pengenalan

- Terdapat pelbagai teknik pengumpulan data
- Walaupun menggunakan pelbagai teknik yang baik, tidak menjamin kualiti dapatan kajian
- Penyelididkan kajian tidak akan menjadi kecuali ianya dilakukan dengan sempurna
- Sehubungan dengan itu, usaha untuk memastikan kualiti yang tinggi dalam penyelidikan perlu dipelajari dengan gigih

3 Sebab Perlu Mencapai Kualiti

1) Tanggungjawab kepada pelajar
2) Keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain
3) Keperluan untuk membuat tindakan dan berubah kepada perkara manfaat (menambah ilmu pengetahuan)

Kriteria Kualiti

- Serupa dengan kriteria jenis penyelidikan lain
- 2 hukum sains dalam senarai dalam kriteria kualiti ialah kesahan dan kebolehpercayaan

Kesahan

- Merujuk kepada kebenaran data
- Dengan mengetahui sama ada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena khusus yang dikaji

Kebolehpercayaan


- Berkaitan dengan ketepatan data
- Masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil
- Sehubungan dengan itu, untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan, kita perlu selalu tanya

o Adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat realiti?
o Bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data?

5 Tahap Penyelidikan Tindakan

- Tahap 1, mengenalpasti masalah
- Tahap 2, perancangan tindakan
- Tahap 3, mengumpul data
- Tahap 4, analisis data
- Tahap 5, perancangan untuk tindakan seterusnya


Mengumpul Data

- Apakah jenis data kita perlu kumpul untuk menjawab persoalan kajian
- Bagaimana kita hendak memastikan terdapat pelbagai perspektif

Alat Pengumpulan Data

- Pemerhatian (Video tape)
- Nota guru dan komen
- Kerja pelajar
- Refleksi pelajar dan kerja pelajar
- Jurnal pelajar
- Ujian
- Soal selidik
- Temuduga (Audio tape)

TUGASAN

- Kemaskinikan proposal yang telah dibuat sebelum ini khususnya dibahagian pengumpulan data
- Pelajar akan dipanggil secara rawak minggu depan untuk lihat perkembangan.

MINGGU KELIMA


HAJAH HALIMAH HARUN

Sunday, May 24, 2009

ACTION RESEARCH JOURNAL

Tugasan 2:
Dapatkan 3 artikel jurnal berkenaan dengan kajian tindakan dalam pendidikan

Lakukan :


1) Perbandingan (persamaan & perbezaan)

2) Penganalisisan, penilaian,

3) Rumusan & sintesis

Dari segi :


1) sampel

2) setting

3)prosedur kajian tindakan

4) pengumpulan & penganalisisan data

Tajuk jurnal:

1) Action research approach on mobile learning design for the underserved (Paul H. Kim)


2) Environmental Learning Using a Problem-Based Approach in the Field: A Case Study of a Hong Kong School (Tammy Kwan and Max So)

3) Developing Capacity for Social and Emotional Growth: An Action Research Project (Mary Doveston)

a) Persamaan

Dalam ketiga-tiga jurnal ini, ia memberi tumpuan kepada tujuan penyelidikan dilakukan dan mengenalpasti permasalan kajian dan mencari jalan untuk penambahbaikan kajian atau penyelidikan. Ia juga merujuk kepada kajian-kajian lepas yang telah dijalankan.

b) Perbezaan

- Jurnal 1 membincangkan tentang satu kajian tindakan yang memfokuskan kepada kemajuan satu model pembelajaran yang berkaitan dengan perkembangan kebolehan membaca dan menulis untuk migrasi kanak-kanak-asli di Amerika Latin.

- Jurnal 2 pula membincangkan tentang persekitaran pembelajaran sekumpulan pelajar berdasarkan “a problem-based learning” (PBL) bagi mengetahui sama ada matlamat pendidikan dalam persekitaran sebegini boleh disempurnakan dengan jayanya atau sebaliknya.

- Jurnal 3 berkaitan dengan satu laporan kajian tindakan dimana kanak-kanak, guru mereka, penulis dan penasihat sebagai pengkaji dalam projek untuk memperbaiki hubungan kerja dalam bilik darjah. Artikel ini juga memfokuskan kepada satu aspek daripada projek ini iaitu untuk membangunkan kemahiran mendengar yang aktif. Kajian ini dibangunkan atas respon dari permintaan untuk menolong guru kelas yang bimbang percampuran kelas kanak-kanak yang berumur tujuh hingga sembilan tahun yang menimbulkan kesukaran untuk bekerjasama dan bermain bersama.


Journal 1

i) Sampel

- Kajian yang dilakukan oleh Paul H. Kim melibatkan lebih 250 migrasi kanak-kanak orang asli, 20 orang ibubapa, 9 orang wakil dari kawasan tempatan, 4 pegawai kerajaan dan 6 orang kakitangan sokongan.

ii) Setting

- Kajian oleh Paul H. Kim dilakukan di Amerika Latin.

iii) Prosedur Kajian Tindakan

Menurut kajian yang dilakukan oleh Paul H. Kim adalah bertujuan untuk mengkaji berkenaan isu kanak-kanak asli di Amerika Latin yang mempunyai latar belakang sosial dan pendidikan yang jauh ketinggalan berbanding kanak-kanak lain dan tidak mempuyai peluang yang sama untuk belajar. Ramai dari kalangan mereka masih tidak mendapat pendidikan yang sempurna kerana masih dibelenggu oleh faktor taraf hidup dan kemiskinan. Kajian ini menggabungkan satu kitaran model kajian dengan empat peringkat yang tersendiri iaitu mengatur strategi, mengaplikasi,menilai dan menreflek. Jadi strategi yang dirangka adalah untuk merencanakan fokus terhadap pendedahan dalam mengenal huruf-huruf kepada migrasi kanak-kanak asli yang tidak mempunyai sebarang asas seperti dalam pendidikan formal.

iv) Pengumpulan dan Penganalisisan Data

- Kajian yang dilakukan oleh Paul H. Kim ini menggunakan cara pengumpulan data secara kaji selidik, pemerhatian dan juga temubual.


Journal 2

i) Sampel

- Kajian yang dilakukan oleh Tammy Kwan dan Max So melibatkan tujuh orang pelajar geografi yang berumur antara 11 hingga 12 tahun.

ii) Setting

- Kajian oleh Tammy Kwan dan Max So dilakukan di Hong Kong.

iii) Prosedur Kajian Tindakan

- Kajian oleh Tammy Kwan dan Max So pula mengkaji tentang pendekatan pembelajaran secara ‘problem-based learning’ (PBL) yang memerlukan pelajar-pelajar terlibat secara aktif dalam kepelbagaian pengalaman belajar secara praktikal. Pendekatan PBL dalam satu rancangan kajian lapangan dengan sekumpulan tujuh pelajar-pelajar geografi untuk melihat bagaimana mereka merasai kaedah pembelajaran sebegini dari segi pengetahuan, sikap, dan kelakuan. Kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti keberkesanan pembelajaran secara PBL ini sepenuhnya atau pun tidak. Antara cara yang digunakan ialah pelajar diberi pernyataan masalah dan diminta menyelesaikannya dengan cara mencari fakta dan idea, eksplorasi, perbincangan dalam kumpulan dan membentangkan hasil dapatan yang diperolehi.

iv) Pengumpulan dan Penganalisisan Data

- Manakala kajian oleh Tammy Kwan dan Max So pula adalah dengan menggunakan kaedah pemerhatian sahaja.


Journal 3

i) Sampel

- Bagi kajian Mary Doveston, ia melibatkan 24 orang kanak-kanak yang berumur antara 7- 9 tahun yang terdiri daripada 13 orang lelaki dan 11 orang perempuan.


ii) Setting

- Kajian oleh Mary Doveston dijalankan di dalam bilik darjah.


iii) Prosedur Kajian Tindakan

- Kajian oleh Mary Doveston adalah merupakan satu penyelidikan kualitatif yang fleksibel dan sesuai untuk projak ini yang membangunkan tentang dinamik sosial dalam bilik darjah dan hubungan antara sebarang campur tangan dan respon kepada mereka sama ada positif ataupun negatif. Point utama dalam kajian tindakan ini ialah penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti ini dan proses penilaian.


iv) Pengumpulan dan Penganalisisan Data

- Kajian oleh Mary Doveston menggunakan teknik pengumpulan data secara kualitatif, pemerhatian, perbincangan dan temubual.


TUGASAN 1 : ULASAN BUKU

Tajuk buku: Action Research in Education

Nama Pengarang : Erni Stringer

Tahun Terbitan : 2004

Nama Penerbit : Pearson Education, Inc., Upper Saddle River

Tempat : New Jersey


Antara fokus utama yang dibincangkan adalah berkaitan dengan perkara-perkara seperti tujuan kajian tindakan dilakukan, memahami kajian tindakan dengan mengekplorasi isu-isu dan kaedah yang terkini, memulakan sesuatu kajian dengan merangka penyelidikan yang ingin dilakukan, mengumpul data melalui sumber-sumber maklumat, memberikan pendapat dengan mentafsir dan analisis data kualitatif, perwakilan berhubung dengan dengan proses dan hasil penyelidikan, mengambil tindakan dan kajian kes iaitu laporan kajian tindakan dipersembahkan atau dipertunjukkan.

Kajian tindakan adalah satu proses penyiasatan yang sistematik. Tujuan kajian tindakan adalah bagi menyediakan guru-guru dengan ilmu baru dan pemahaman yang membolehkan mereka untuk meningkatkan amalan pendidikan atau menyelesaikan masalah dengan berkesan dalam bilik darjah dan sekolah. Kajian tindakan berpunca daripada satu tradisi kajian yang menitik beratkan kitaran, dinamik, dan pendekatan-pendekatan kolaboratif untuk tujuan penyiasatan. Proses ini termasuklah :

1) Reka bentuk kajian
2) Pengumpulan data
3) Analisis data
4) Hasil-hasil komunikasi
5) Mengambil tindakan
6) Penyelidikan tindakan mungkin digunakan sebagai satu proses pembangunan yang secara sistematik meningkatkan skop sesuatu siasatan yang dijalankan.


Kajian Tindakan dalam Bilik Darjah dan Sekolah

Walaupun terdapat had pada masa dan sumber-sumber yang disediakan untuk melakukan kajian dan penyelidikan pada setiap hari dalam bilik darjah dan sekolah. Namun untuk meningkatkan profesional dan keupayaan guru-guru dalam memperolehi dan melanjutkan kemahiran-kemahiran dan pengalaman untuk melakukan sistem kajian sistematik terhadap isu-isu penting ini, maka kajian tindakan direka untuk tujuan praktikal dan mempunyai hasil berkesan dalam persekitaran.

Kajian Konseptual

Menurut Meriam Webster (2001), berikut adalah konsep dalam penyelidikan, iaitu :

1. pengumpulan maklumat berkaitan dengan satu tajuk tertentu
2. pencarian dan penyelidikan yang teliti
3. studio-studio siasatan atau peperiksaan
4. siasatan atau percubaan yang bertujuan terhadap penemuan dan penafsiran data-data
5. semakan pemakaian teori-teori atau undang-undang dalam fakta-fakta baru
6. penggunaan praktikal seperti teori-teori baru atau yang disemak semula

Ciri-ciri Kajian Tindakan

Kajian tindakan yang digambarkan dalam buku ini adalah tertumpu kepada :

1. Perubahan iaitu memperbaharui latihan dan sikap-sikap dengan cara mengubah mereka.
2. Refleksi iaitu pemikiran rakyat dan teori tentang sikap, amalan dan keadaan mereka.
3. Perkongsian iaitu rakyat berkongsi pandangan dan perspektif mereka dengan orang lain
4. Pemahaman iaitu dengan meningkatkan kefahaman tentang perbezaan perspektif dan pengalaman-pengalaman bagi semua terlibat
7. Pengulangan iaitu dengan mengulangi kitaran mengenai aktiviti kajian denganmenuju ke arah penyelesaian masalah


Bentuk Penyelidikan

Reka bentuk penyelidikan termasuk:

1. Mengenal pasti masalah dalam penyelidikan dan kesan-kesan yang mungkin timbul
2. Persampelan
3. Proses pengumpulan data - bagaimana maklumat akan dikumpul, termasuk temuduga-temuduga, pemerhatian, kajian semula dan sebagainya
4. Kesahan - prosedur-prosedur yang digunakan untuk menambahkan kesahan sesuatu penyelidikan

Kesahan sesuatu kajian tindakan disahkan menerusi bukti prosedur-prosedur, kredibiliti, boleh dipindah, kebergantungan, kepastian, kadar penyertaan dan kegunaan. Ini dicapai melalui :

1. Penggunaan berpanjangan: tempoh proses-proses penyelidikan
2. Pemerhatian : tempoh pemerhatian-pemerhatian dan temubual
3. Ukuran : semua sumber data, termasuk persekitaran diperhatikan
4. Ulasan ringkas : memproses untuk menyemak prosedur penyelidikan
5. Analisis kes negatif : memproses untuk memastikan satu kepelbagaian tafsiran-tafsiran adalah diambil kira
6. Rujukan yang mencukupi : bagaimana istilah dalam kajian dikeluarkan untuk gabungan bahasa dan konsep-konsep
7. Pemeriksa: prosedur-prosedur untuk mengawal kejituan data dan kesesuaian analisis data dan laporan
8. kebergantungan : keterangan terperinci proses kajian
9. Penyertaan: takat penertaan dalam proses kajian
10. Utiliti : hasil-hasil praktikal proses kajian

Pengumpulan Maklumat

Matlamat utama proses kajian ini adalah untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber, pengalaman dan pandangan-pandangan yang dilengkapi dengan pemerhatian-pemerhatian serta ulasan. Temu bual adalah merupakan permulaan utama untuk mengumpul. Ciri-ciri proses temuramah termasuk :

- permulaan temuduga
- berikan soalan utama bagi mendapatkan jawapan-jawapan peserta
- soalan biasa dan segera untuk memperluaskan jawapan-jawapan peserta
- teknik-teknik khas untuk bekerja dengan kanak-kanak
- menggunakan keadah kumpulan untuk kerja usaha sama

Maklumat juga diperolehi dengan cara pemerhatian dan peristiwa-peristiwa yang mana ia boleh menjadi satu sumber maklumat tambahan. Ini mungkin termasuk :

- rekod-rekod
- dokumen-dokumen
- contoh-contoh kerja pelajar
- bahan-bahan, peralatan dan kemudahan-kemudahan

Maklumat angka dan statistik daripada sumber-sumber ini atau daripada tinjauan sesuatu projek boleh melengkapkan sumber-sumber berguna lain.

Tujuan Analisis Data


Tujuan-tujuan bagi analisis data adalah untuk mengurangkan, menyuling atau menghablur kuantiti data besar dan untuk menyediakan kejelasan dan meningkatkan kefahaman tentang sesuatu isu-isu dan peristiwa. Proses untuk mengkaji data adalah :

(1) Menganalisis

(2) Mengkategorikan dan pengekodan

- membentuk kategori-kategori, subkategori dan tema-tema untuk mengenal pasti pola-pola, hubungan-hubungan, kebiasaan, atau kekerapan dalam data
- mengaturnya ke dalam satu sistem kategori
- melengkapkan analisis dengan maklumat yang bukan daripada data temubual
- menggunakan sistem kategori untuk menyediakan satu rangka kerja untuk laporan-laporan

Di dalam buku ini juga telah menggariskan cara-cara kajian tindakan boleh digunakan dalam proses-proses pendidikan ke atas sekolah-sekolah umum. Rangka kerjanya adalah untuk:

1) Penyelesaian masalah : rancangan tindakan di dalam bilik darjah dan sekolah
- meletakkan keutamaan-keutamaan: mewujudkan satu agenda tindakan
- mencipta langkah-langkah : membina satu pelan tindakan
- menyemak rancangan
- menyokong dan memantau perkembangan

2) Latihan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
1. membina program pengajian
2. mencipta satu sukatan pelajaran
3. rancangan pengajaran
4. projek pengajian
5. penaksiran pembelajaran pelajar

3) Pembangunan kurikulum
1. perancangan kurikulum
2. transformasi kepimpinan kurikulum

4) Penilaian : menaksir nilai dan kualiti program-program pendidikan dan perkhidmatan-perkhidmatan
1. sambut penilaian
2. penilaian tindakan : siasatan terbuka dan kajian semula
3. pembangunan profesional
4. hubungan antara sekolah, keluarga dan masyarakat
5. perancangan strategik

Contoh kajian tindakan yang telah dilakukan

Kajian tindakan yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan komunikasi antara sekolah rendah Reginald Chavez dan masyarakat. Tujuan projek ini adalah bagi meningkatkan pendidikan kanak-kanak dengan meningkatkan hubungan-hubungan antara ibu bapa, kanak-kanak dan guru-guru. Dalam satu temubual yang dilakukan dengan guru besar sekolah berkenaan berkaitan dengan satu persidangan ibubapa-guru,
yang mana 88 daripada 200 orang ibubapa telah menceritakan pengalaman mereka berkenaan persidangan tersebut. Kebanyakan ibu bapa biasanya berpuas hati dengan persidangan itu, bagaimanapun, mereka mencadangkan persidangan itu harus diperbaiki dengan cara-cara berikut :

1) Ibu bapa hendaklah

- menghadiri persidangan itu menjadi tepat pada waktunya bagi menunjukkan para ibu bapa itu mengambil berat dan berminat
- mengawasi apa yang anak-anak lakukan di sekolah dan jangkaan terhadap anak-anak
- lebihkan penglibatan dalam kelas anak-anak , jadi sukarela di sekolah dan meminta untuk melihat kerja anak
- menemui guru sebelum persidangan itu dan meminta mesyuarat-mesyuarat lanjutan
- memaklumkan guru-guru keperluan-keperluan anak
- tunjukkan pada anak-anak bahawa kamu mengambil berat dengan menyediakan masa untuk mereka dan bertanya tentang masalah anak-anak


2) Guru-guru pula hendaklah

- buat penyelidikan dan memahami lebih banyak tentang masalah seperti dyslexsia, pendengaran dan uji mata
- mengambil idea-idea daripada keluarga dan bagaimana cara untuk kerja dengan kanak-kanak, penyelesaian masalah, dan ibubapa
- menjadi proaktif dalam membawa masalah-masalah di persidangan
- keperluan seorang penterjemah / jurubahasa, kerana ramai kanak-kanak memerlukan arahan sokongan dalam pemahaman
- menyediakan kerja rumah yang terancang supaya para ibu bapa boleh menggalakkan dan menyokong kanak-kanak di rumah
- menjelaskan lebih banyak tentang sistem penggredan di sekolah, cara-cara guru-guru dan pemakaian disiplin di sekolah











Tuesday, May 12, 2009

MINGGU KEEMPAT

Langkah-langkah dalam proses kajian tindakan

(Jonhson, 2005)


Kajian Kepustakaan

- Sorotan ke atas bahan-bahan literature seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan
- Dilakukan secara kritikal ke atas poin-poin yang dikemukakan

Membanding dan Membezakan

- Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti sifat, ciri, kualiti, dan unsur sesuatu objek atau peristiwa
- Kemahiran ini digunakan apabila :
o Terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan
o Membuat pilihan atau keputusan

Langkah Penggunaan

- Perhatikan atau berikan tumpuan kepada satu atau beberapa cirri kajian tindakan (sampel, seting, prosedur, pengumpulan dan penganalisaan data)
- Kenal pasti ciri kajian itu
- Tentukan sama ada kajian tindakan yang lain mempunyai ciri yang sama
- Nyatakan ciri itu sama atau berbeza

Menganalisis

- Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat
- Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat
- Menganalisis ialah sesuatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir

Menilai

- Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah
- Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi :


o Memilih sesuatu
o Menerima atau menolak sesuatu idea

Membuat Kesimpulan

- Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan
- Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan merangkumi sesuatu, meramal atau menyokong pernyataan

Mensintesis

- Menggabungkan idea, unsure, item, dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak

Monday, May 11, 2009

MINGGU KETIGA


DR.MOHD IZHAM BIN MOHD HAMZAH


PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Konsep Perubahan dalam Pendidikan

- Bidang pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan.

- Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan

- Menurut Oliver (1996) dalam buku The Management of Education : A Case Study Approach, perubahan didapati lebih menggambarkan cirri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.

- Perubahan yang berlaku kadangkala mewujudkan ketidakpastian

- Dalam pendidikan ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda


Jenis Perubahan

- Mengikut Dessier (1995), terdapat empat jenis perubahan iaitu :

1) Perubahan Ke Arah Peningkatan

- Perubahan ini memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi seperti :

o Berlakunya perubahan dalam struktur organisasi
o Memperkenalkan teknologi baru
o Mengadakan program pembangunan staf untuk meningkatkan komitmen dan produktiviti staf

2) Perubahan Strategi Organisasi

- Melibatkan keseluruhan organisasi
o Mendefinisikan semula peranan organisasi
o Perubahan nilai teras oganisasi
o Perubahan struktur dan strategi organisasi
o Mendefinisikan semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab dan sistem ganjaran

3) Perubahan Reaktif

- Perubahan ini berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan dan pihak berkepentingan ( stakeholders )

o Kepekaan pelanggan dan stakeholders terhadap isu-isu persekitaran dan etika memerlukan organisasi melakukan perubahan
o Perubahan dari segi prosedur dan cara layanan pelanggan hendaklah dilakukan


4) Perubahan Akibat Daripada Jangkaan

- Perubahan dilakukan bukan ddisebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memestikan organisasi memperoleh kebaikan kompetitif.
- Antara sebab perubahan ini dilakukan adalah
o Persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul
o Persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas kehendak pelanggan
o Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah
o Persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan
o Perubahan dalam trend tenaga kerja


Perubahan adalah Kompleks

- Perubahan dikaitkan dengan evolusi dan revolusi
- Evolusi – perubahan secara evolusi dikatakan sebagai perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang
- Revolusi – perubahan yang pantas dan perubahan yang akan meninggalkan kesan yang membinasakan
- Kompleksiti atau kerumitan perubahan merupakan focus bagi mendapatkan maklumat tentang perubahan dan tindakan yang perlu diambil untuk mengimplimentasi perubahan

Perubahan Itu Multidimensi

- Sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan
- Antara pertimbangan itu ialah untuk mengenalpasti semua dimensi yang berkaitan dengan perubahan
- Terdapat enam dimensi yang perlu difahami iaitu :

1) Tujuan perubahan

- Perubahan yang dirancang untuk mencapai tujuan tertentu
- Antara tujuan perubahan adalah untuk mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau sistem
- Perubahan dalam suatu system yang sedia ada melibatkan dua jenis pindaan iaitu :

i) Perubahan yang dibuat untuk kembali kepada keadaan asal yang diinginkan
ii) Perubahan yang dibuat untuk meningkatkan pencapaian atau keadaan sistem itu tanpa mengubahnya

- Melibatkan pindaan yang drastik dalam aspek sesuatu sistem tersebut ( Barrot & Raybould, 1998 )


2) Unit perubahan

- Unit perubahan merujuk kepada focus utama sesuatu perubahan yang dirancang
- Unit perubahan terdiri daripada :

o Individu
o Kumpulan atau pasukan
o Jabatan
o Organisasi
o Sistem organisasi
o Komuniti


- Dalam mengimplimentasi perubahan, unit perubahan akan beranjak daripada individu ( unit yang kecil) kepada organisasi (unit yang besar)

3) Sifat perubahan

- Daft (1983) berpendapat untuk menghasilkan perubahan pada unit yang lebih besar (peringkat organisasi), perubahan pada peringkat yang lebih kecil (peringkat individu)
- Mengubah seseorang individu mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap, tingkah laku dan kedua-dua sekali

4) Magnitud perubahan

- Merujuk kepada sejauhmana perubahan yang dirancang akan diimplimentasikan
- Istilah seperti perubahan komprehensif, sisematik dan sisitem skala yang besar seringkali dikaitkan dengan usaha untuk melakukan perubahan yang memberi impak yang besar
- Menurut Chambers (1977), perubahan dalam skala besar akan memberi hasilan yang menarik tetapi sukar diimplimentasikan . manakala perubahan dalam skala kecil adalah lebih mudah diimplimentasikan tetapi tidak menunjukkan impak yang signifikan

5) Skop perubahan

- Skop terhadap sejauhmana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian
- Hall dan Hord (2001) telah menghasilkan satu instrumen tahap-tahap penggunaan inovasi yang digunakan untuk mengenalpasti respon individu terhadap sesuatu perubahan sikap dan amalan

6) Jangkamasa perubahan

- Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa perubahan yang memberi kesan berkekalan merupakan perubahan yang berjaya diimplimetasikan berbanding perubahan yang memberi kesan sementara
- Ada pandangan yang berbeza dari segi hubungan manusia dan kesan perubahan
- Kottler (2001) dalam kajian terapi jangka pendek telah mengenal pasti tiga jenis perubahan yang dilalui oleh pelanggannya

i) Perubahan yang berlaku secara spontan dan tidak memberi kesan yang mendalam. Sikap dan amalan seseorang itu akan kembali kepada asal setelah kesan perubahan itu luput
ii) Perubahan minima dikecapi setelah melalui penentangan awal
iii) Perubahan berterusan merupakan perubahan yang stabil, progresif dan kekal

- Chambers (1977) mengatakan bahawa perubahan yang berbentuk kitaran di mana kitaran perubahan dijangka berakhir dalam tempoh 10 hingga 15 tahun


Model-model Perubahan

1) Model Penggabungan Rogers

- Menurut model Rogers, proses inovasi bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenal pasti
- Masalah atau keperluan ini mungkin berdasarkan penyelidikan keadaan semasa, kerja makmal atau kesan pembangunan akan dating
- Apabila masalah atau keperluan tersebut telah dikenalpasti, penyelidik akan menyiasat permasalahan itu dan bagaimana ia akan diselesaikan. Fasa ini melibatkan eksperimen dan ciptaan yang banyak, seterusnya menghasilkan inovasi
- Rogers menyatakan bahawa inovasi tidak semestinya terhasil daripada penyelidikan. Inovasi mungkin terhasil daripada amalan praktikal di mana pengamal mencari jawapan kepada permasalahan yang timbul
- Perkara ini dikatakan sebagai knowing in action iaitu inovasi yang dihasilkan melalui pengalaman dan menjadi penting dalam perubahan penyelidikan

2) Model Konter

- Konter (1998) menegaskan bahawa struktur dan inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagikan kepada beberapa tugas utama. Ada empat tugas inovasi iaitu:
i) Penjanaan idea
ii) Membina idea
iii) Realisasi idea
iv) Pemindahan idea


3) Model Rand

- Model ini berasaskan kajian yang dijalankan oleh Rand Corporation pada tahun 1973 hingga 1978 dengan sokongan pegawai penyelidikan di Amerika Syarikat mengenai perubahan pendidikan ( Berman & McLaughlin, 1978)
- Tujuan utama kajian adalah untuk menentukan faktor yang menyebabkan perubahan penyelidikan
- Memandu ke arah pengumpulan data dan menganalisis
- Menurut Berman dan McLaughlin, proses perubahan di sekolah melibatkan tiga langkah iaitu :

i) Daya usaha (Initation)
ii) Implimentasi
iii) Penggabungan


4) Model Acot

- Model ini berdasarkan prokjek Apple Classroom of Tomorrow (Acot), kajian pengenalan komputer dalam kelas
- Pengkaji membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran telah berkembang secara beransur-ansur
- Model ini mempunyai lima langkah perubahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran iaitu :

i) Kemasukan (Entry)
ii) Memilih (Adoption)
iii) Menysuaikan (Adaptation)
iv) Penggunaan (Appropriation)
v) Mereka cipta ( Invention)



AKTIVITI KUMPULAN

Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan & bincangkan cara penyelesaian.

Sebab menentang perubahan

i) Perubahan yang tidak pasti- Ini kerana ketidakpastian terhadap perubahan yang akan berlaku sama ada ke arah kebaikan atau keburukan.

ii) Perubahan yang drastik- Seseorang tidak dapat menerima jika berlaku perubahan yang drastik kerana ia telah mengubah cara kehidupan secara mendadak.

iii) Perubahan yang mengancam keselamatan- Masyarakat akan menentang jika berlaku perubahan yang akan memberikan impak terhadap kehidupan mereka.

iv) Perubahan yang kompleks- Menyebabkan seseorang akan keliru untuk membuat pilihan yang tepat.

v) Tahap pemikiran yang berbeza- Penentangan akan berlaku jika berlaku perubahan yang tidak dipersetujui umum kerana terdapat pelbagai pemahaman dan pemikiran yang berbeza antara satu sama lain.

vi) Faktor budaya- Penentangan akan berlaku terhadap sesuatu perubahan yang bercanggah dengan amalan kebudayaan setempat menyebabkan mereka tidak puas hati terhadap suatu perubahan tersebut masyarakat asli yang sukar untuk menerima perubahan moden kini dan mereka ini masih kuat memegang kuat amalan kebudayaan mereka dalam kehidupan.

vii) Berkepentingan - Penentangan akan wujud jika sesuatu perubahan yang berlaku adalah mempunyai kepentingan tersendiri pada pihak tertentu.

x) Perubahan yang tidak bermanfaat- Suatu perubahan yang berlaku tidak mendatangkan manfaat kepada semua peringkat masyarakat malahan pembaziran yang lebih ketara menyebabkan ramai yang menentang dengan perubahan tersebut

Cara Penyelesaian

1. Hendaklah memastikan bahawa setiap perubahan dilakukan adalah mempunyai kesan yang positif kepada semua.

2. Melakukan penyelidikan sebelum melakukan perubahan terhadap sesuatu perkara dengan merancang, mengumpul data @ maklumat, membuat kajian, refleksi dan sebagainya agar perubahan tersebut diterima.

3. Penyelidikan hendaklah dilakukan meliputi pelbagai aspek persekitaran, budaya, ekonomi, politik dan sebagainya.

4. Jika perubahan yang terlalu kompleks hendaklah dipecahkan kepada unit-unit yang kecil agar senang untuk mencapai objektifnya.

5. Kita hendak melihat perubahan yang berlaku adalah positif dan berusaha untuk menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang berlaku.

Sunday, May 3, 2009

MINGGU KEDUA


REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN


Aktiviti 1

Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru II Refleksi ke atas masalah dalam diri anda

a) Senaraikan penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri anda
b) Rancang pelan tindakan untuk menambahbaik
-Matlamat ( umum )
-Senaraikan objektif

Pelan tindakan
1) Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil
2) Rancang bagaimana anda ingin mengumpul data
3) Bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang dilaksanakan
4) Bagaimana anda ingin menilai sama ada yang dirancang dan dilaksanakan tercapai

Masalah : Kurang keyakinan untuk berkomunikasi.

Penambahbaikkan :


  • Perlu banyakkan pembacaan
  • Meningkatkan daya imaginasi dan menguatkan daya ingatan
  • Memupuk sifat berani di dalam diri
  • Mampu mengeluarkan idea yang bernas
Matlamat :


  • Membentuk diri agar lebih yakin dan berani
  • Mampu mengemukakan idea dengan bernas
  • Mampu memberi pandangan sendiri
Objektif :


  • Memproses maklumat yang sedia ada dengan cepat dan tepat
  • Dapat menghuraikan sesuatu maklumat yang diperolehi
  • Dapat mengembangkan idea-idea yang diperolehi
Langkah-langkah :


  • Membudayakan sifat suka membaca untuk menambah pengetahuan
  • Memberanikan diri untuk menampilkan diri dan meningkatkan keyakinan dalam public speech.
Mengumpul data melalui :


  • Berkomunikasi dan melakukan perbincangan dengan rakan-rakan dan minta rakan memberikan pandangan mengenai pandangan yang diberikan samaada bernas ataupun tidak.
  • Refleksi atau komen dari penyelia atau pensyarah.
  • Cara membentangkan kertas kerja kepada orang lain, melihat cara komunikasi dan cara menghuraikan sesuatu maklumat yang disampaikan.
  • Meminta orang lain menilai setiap pendapat dan idea yang diberikan.
Memantau :


  • Melihat sejauhmana keberkesanannya dalam linkungan pusingan kehidupan seharian saya.
Menilai :


  • Ketika membentangkan kertas kerja saya tidak lagi gementar dan boleh menjawab soalan-soalan dan pertanyaan yang diajukan
  • Dapat menerangkan pada orang lain apa yang saya faham dalam sesuatu pembacaan saya dan dapat menilai melalui penerangan yang diberikan samada boleh difahami oleh orang lain ataupun tidak

Aktiviti 2

Bentuk kumpulan dalam bidang yang sama : Selepas mengikuti kursus kaedah mengajar

Bahagian ibadat

Tajuk: Bersuci ( Najis )

Masalah - Cara penyucian najis antara 3 peringkat najis iaitu


Najis Mughalazah
Najis Mutawasitah
Najis Mukhafafah

Guru biasanya akan membuat teknik pengajaran syarahan menyebabkan pelajar sukar untuk memahami cara-cara penyucian najis. Ini kerana guru memberi pendedahan secara teori sahaja. Pelajar tidak dapat mengaplikasikan cara penyucian najis yang sebenar.

MATLAMAT


-Mengatasi teknik pengajaran dalam bilik darjah agar lebih berkesan.

OBJEKTIF


-Merancang pengajaran yang menarik dan berkesan
-Mengatur strategi dan teknik pengajaran yang sesuai agar tercapai objektif pengajaran.

PELAN TINDAKAN

Penambahbaikan

1. Menggunakan bahan bantu mengajar yang boleh memberi kefahaman yang lebih berkesan kepada pelajar seperti tayangan video penyucian najis atau perbentangan power point.
2. Membuat praktikal di dalam kelas dengan membawa bahan-bahan yang digunakan untuk menyucikan najis. Contohnya najis mughalazah menggunakan air tanah dan air mutlak.
3. Demostrasi daripada pelajar sebagai contoh.


MENGUMPUL DATA


Refleksi terhadap diri sendiri berkenaan dengan teknik pengajaran yang digunakan.
Bertanya pendapat pelajar tentang cara pengajaran yang telah diberikan sama ada sesuai atau tidak.


PEMANTAUAN


1. Pendapat rakan sekerja tentang cara pengajaran
2. Komen yang telah diberikan oleh pelajar.
3. Melihat hasil yang dapat daripada tindakan pelajar.

MINGGU PERTAMA

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

- Kajian Tindakan adalah proses dimana melakukan penyelidikan untuk mengetahui dan mengenalpasti masalah, mengatasi masalah dan memperbaikinya berdasarkan data dan meklumat yang dikumpul dan diperolehi.

-Penyelidikan yang dilakukan adalah satu proses cara bagaimana penyelidik mendapat, memperolehi dan mengumpulkan serta menganalisis data yang diperolehinya bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan pengetahuannya keatas perkara yang diselidikinya.

-Proses Kajian dijalankan secara umumnya adalah:


  1. Kenalpasti masalah
  2. Membuat kajian kepustakaan
  3. Menentukan pendekatan kajian
  4. melaporkan kajian
  5. membincangkan dapatan dan implikasi kajian
  6. mengumpul dan menganalisis data yang diperolehi
Kajian dilakukan adalah untuk menambah pengetahuan dan mengembang pengetahuan yangsedia ada berdasarkan penyelidikan yang dilakukan. Kajian juga dapat membantu guru-guru mengenalpasti masalah yang timbul dan melakukan pembaharuan atau pembaikan pada kelemahan yang berlaku.

Contoh Kajian Tindakan Dalam Pendidikan :

Guru membuat penyelidikan tentang tahap keberkesanan tulisan jawi. Ketika mengajar juga guru boleh melakukan kajian dengan melihat respon pelajar dalam minat dan penggunaan tulisan jawi. Maka, guru boleh melakukan refleksi dengan memilih teknik-teknik yang pelajar minat untuk menggunakan tulisan jawi dalam mata pelajaran pendidikan islam dan yang berkaitan dengannya.

Jenis-jenis Kajian Tindakan

Ianya dapat dibahagikan kepada 4 jenis :

1) Kajian tindakan oleh guru secara individu- Guru sendiri melakukan kajian dengan mengenalpasti masalah atau isu yang berlaku di dalam bilik darjah.
2) Kajian Tindakan Kolaboratif - Melibatkan lebih daripada dua orang.
3) Kajian Tindakan Peringkat Sekolah (organisasi) - Memberi fokus kepada satu isu yang sama diperingkat sekolah.
4) Kajian Tindakan Peringkat Daerah - Fokus kepada situasi yang sama di kalangan beberapa sekolah diperingkat daerah